Want your
own Fotopage?








 
MaMa aQiLaH
Image Hosted by FileHive.com
By: Puteri Satu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 02:40 Email | Share | Bookmark
Perkembangan Baby 3 - 4 Bulan...

 
 
 
 

Suatu perubahan besar berlaku pada bayi anda ketika ini. Hubungan dengan alam sekeliling menjadi lebihketara. Dia suka sesuatu yang lucu dan mula belajar untuk ketawa.

Bagi anda sudah boleh mengenal wajah dan tempat yang biasa dilihat olehnya. Malah, dia juga sudah boleh mengawal sepenuhnya pergerakan tangan dan kakinya. Ini bermakna kaki dan tangannya boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki olehnya.

Dia juga merasakan jari tangan dan jari kakinya jug amenjalankan fungsi yang sama dengan tangan dan kakinya. Bagaimanapun dia masih belum belajar dan faham sepenuhnya bahawa tangan boleh melakukan lebihbanyak perkara berbanding kaki. Sebab itulah amat penting bagi anda untuk melakukan aktiviti atau permainan menggunakan jari kaki seimbang dengan menggunakan jari tangannya.

Ketika duduk, badannya tidak lagi membongkok dan mampu mengawal pergerakan kepalanya. Bagaimanapun, bayi anda masih memerlukan sokongan dari anda sama ada dengan meletakkan bantal di belakannya agar dia tidak jatuh dan tercedera.

Pada usia 3-4 bulan, bayi anda sudah boleh mengangkat dadanya tinggi ketika sedap meniarap dan mendepakan tangannya. Dia cuba untuk melihat terus ke depan tetapi masih belum mampu mengawal sepenuhnya posisi tubuhnya itu.

Bayi anda masih mahu berbual dengan anda walaupun menggunakan vocal dan bunyi konsonon yan mudah. Dia cuba untuk menyambung dua patah perkataan seperti `gaga’ dan àhgoo’. Dia juga suka menunjuk-nunjuk kemahiran baru menggunakan bibir dengan menghasilkan buih dari air liurnya.

Kawasalan tangan dan kakinya sudah semakin maju, dia boleh memegang objek dengan merapatkan kedua-dua tangannya. Selain itu, dia juga boleh menggoncang alat permainannya untuk menghasilkan bunyi tetapi masih belum mengutipnya jika mainan itu terjatuh. Walaupun boleh menghulurkan tangannya untuk mencapai permainan tetapi kerap tersasar kerana masih belum boleh mengagak jarak dengan baik.



Pertuturan
Dia sedang mengungkap perasaan dengan bersuara bunyi `rrrrr’akan dihasilkan dari tekak pada akhir tiga bulan pertama, `r’ akan hasilkan berturutan. Ada kalanya kendengaran seperti bunyi berkumur. Sementara itu dia turut mengeluarkan bunyi dari tekak seperi `e-khe’, `ek-khe’, terutama sewaktu dia dibaringkan dan sewaktu dia berasa riang. Bayi anda turut menggunakan suku kata atau rangkaian suku kata yang pertama walaupun belum begitu jelas.

Minda
Bayi anda semakin menjana kebolehan mindanya. Dia boleh mengenal anda walaupun dalam sekeping gambar. Otaknya berkembang pesat dan ia dapat dilihat melalui sikap ingin tahun yang melampau. Dengan yakin dia akan meninjau sekeliling jika diletakkan di dalam bilik yang asing baginya.

Sosial
Bayi anda tidak lagi berasa malu-malu, dia sudah mula kenal semua ahli keluarganya dan kenal haiwan peliharaan yang ada dirumahnya. Bagaimanapun si kecil ini tidak suka tinggal bersendirian dan akan menangis jika tidak mendapat perhatian dari anda.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net